Ketua Komanwel
Ketua Komanwel

Ketua Komanwel

Ketua Komanwel (Bahasa Inggeris: Head of the Commonwealth) ialah "simbol perkaitan bebas negara anggota merdeka" Negara-Negara Komanwel (biasanya dikenali sebagai Komanwel), sebuah pertubuhan antara kerajaan yang kini terdiri daripada 54 negara berdaulat. Tiada tempoh menjawat dan had tempoh ditetapkan dan peranannya sendiri tidak terlibat dalam tadbir urus harian mana-mana negara anggota dalam Komanwel.Menjelang tahun 1949, Komanwel British merupakan kumpulan lapan negara, setiap dengan Raja George VI sebagai raja. India, walau bagaimanapun, berhasrat menjadi republik, tetapi tidak meninggkalkan Komanwel dengan melakukan demikian. Hal ini diselesaikan dengan penciptaan gelaran Ketua Komanwel untuk Raja, dan India menjadi republik pada tahun 1950. Kemudiannya, banyak negara lain termasuk Pakistan, Sri Lanka, Ghana, Brunei, Malaysia dan Singapura berhenti mengiktiraf raja United Kingdom sebagai ketua negara masing-masing, tetapi sebagai anggota Negara-Negara Komanwel mengiktiraf raja British sebagai Ketua Kerajaan.[1]Gelaran ini kini dipegang oleh Ratu Elizabeth II, Paduka puteri sulung Raja George VI. Charles, Putera Wales, dilantik bakal pengganti baginda di Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel 2018.